Jumaat, 19 Ogos 2016

Cerpen Cinta Zero- Zero




Cerpen : Cinta zero-zero ( part 1 )

#sory kalau sikit ja sbb feeling x mai nanti kami sambung ya..
#buat part barula thrill
#kalau gambar hero dan heroin nanti ,nak pikaq dulu muka sapa sesuai
#cerpen ni saja2 ja sbb nak penuhi permintaan kawan
#sorry kalau tak syok sebab kalut nak buat hw biologi poster tu

‘AHHHH..alamak dah lewat .Macam mana aku boleh terbabas tidur pulak ni.Dah la subuh terbabas,nasib baik la cuti-cuti malaysia,kalau tidak haihhh neraka la jawabnya,kesian mak bapak aku didik aku jadi insan yang solehah” kataku lirih .

Aku seorang mahasiswi yang bernama Elyana Batrisya.Namaku diberi oleh ibuku yang amat meminati drama pada zaman dahulu kala haduihh.Nasib baikla nama aku moden la jugak,kalau nama aku bedah tak ke nanya kena bahan.”Mak cek rindu kat mak” kataku dalam hati.Rindunya nak makan nasi minyak abang long,rindunya nak tidur dekat mak,rindunya nak makan cucur udang mak oiii,mak rindunya huhuhu.

Tiba-tiba aku tersedar dari dunia fantasi yang bertemakan kerajaan berangan.”Macam mana boleh melalut pulak ni..aduhh dah la lewat,redha ja la”.Aku ini sebenarnya suka berangan ,hobi aku sejak keluar dari perut mak aku,haih apalah yang mak aku berangan time mengamdungkan aku dulu.

 Aku dengan pantasnya mencapai tuala lalu mandi dengan kelajuan yang maksimum iaitu 2 minit 10 saat,sempat pulak aku set jam haahhaa bak kata orang alang- alang lewat,biar lewat lagi la. ‘Haihh nasib la badan ..kambing gurun la hari ini”kataku setelah selesai menunaikan tanggungjawab seorang homosapien iaitu mandi.

Aku menyembur hampir sebotol minyak wangi mengalahkan anak raja untuk mengelakkan bau kambing yang menggangu kehidupan ku. “maaflah mak, cek sembur minyak wangi banyak sangat takut orang terpikat pulak”rungutku.

‘ alamak..dah la kelas sir cupcake,matila aku kena bahan’ rungutku perlahan.

 Dengan baju kurung kedah, aku berlari dengan bersungguh-sungguh kerana aku menyedari , lambatku bukan sekadar lambat biasa kerana sudah 45 minit kelas sir cupcake.Aku ini sebenarnya orang kedah,aku belajar dekat negeri lain tapi baju kurung kedah favourite aku tau,bak kata orang gadis melayu terakhir kekeke.Aku bangun lewat semua ni gara-gara berangan kawin dengan putera raja. “ inilah nasib puteri kedah kerajaan berangan..aduhh” rungutku perlahan.

 Aku berlari sambil memakai earphone serta lengkap berpakaian baju kurung,buruk sungguh rupaku ketika ini.

Tiba –tiba “bummm..aduh dahla buku banyak ,sapa pulak jenglot buta yang langgar aku ni,aku punyalah cun melecun gadis melayu boleh pulak dia main acah-acah pulak dengan aku,tau la aku ni terlalu cantik sampai iman dah tergolek ..aduhh” kataku dengan nada yang geram dan keletihan. 

Siapalah yang  tak penat kalau dah lari macam kambing kena kejar serigala pagi-pagi alam ni.

' Ok , mengaku bukan pagi-pagi tapi,pukul 2.00 petang ” rungutku perlahan untuk menjawab kata hati aku.Memang terang lagi nyata mulut dan hatiku tak sehaluan . Kata-kataku masih boleh didengari oleh jenglot itu.

“kau cakap aku buta,dahla kau yang lari macam ayam nak kena tembak,kau ingat cun sangatla dengan baju kedah bunga-bunga tu,memalukan orang negeri kau jala,tak mengaku orang negeri tau’kata lelaki itu dengan nada yang sinis.

‘ ek eleh dok berkau-kau pulak mamat ni,tapi muka bakhang macam mat saleh ,aikk asal aku puji dia pulak,pujian aku limited edition ok,boleh pulak dia bahasakan aku,dia yang buta. Mai sini aku brainwash sikit”kataku dalam lubuk hatiku yang paling dalam ini.

“Memang aku cun pun anugerah tuhan,kalau dak takkan la kau langgar,lapok betul cara test market,nak mengorat pun carilah cara style sikt ,boleh jalan la ” balasku dengan nada kasar.
  
“ek eleh lari macam kera dapat bunga, hantu bapok pon tak nak la”kata mamat jenglot itu kepadaku.
  
Dia samakan aku dengan kera ..mamat ni memang betul-betul nak kena hempuk dengan tong gas betulla.

“kau apahal ,,main-main kera,kau ingat kau segak sangatla,muka macam tak cukup hemoglobin ada hati samakan orang dengan kera”kataku dengan perasaan yang membara. Darjah kesabaran aku semakin menipis,letusan gunung berapi nak meletus dah ni.

'Memang aku segak pon,kau pahal.Untuk penegtahuan wahai Miss talkative,betul apa aku cakap kalau mak aku tengok kau perangai macam ni ,mak aku pon tak teringin la nak bermenantukan jebon macam kau”katanya dengan sinis.

Ketika aku ingin membalas kata-katanya,aku baru teringat bahawa kelas Madam cupcake .ADUHH “harini hari hang,esok- esok belum tentu hari hang,we will meet again,just wait” aku berkata sebelum aku pergi ke kelas Madam cupcake.

“Minah ni chow macam tu ja,apalah malang punya nasib first day jumpa minah tu..aduhh..alamak kelas account aku”aku mendengar lelaki itu merungut sambil mengutip barang-barangnya yang terjatuh.

Aku mencari-cari di mana kad pelajar aku,takkan hilang aduh mati . Setibanya aku di dewan kuliah “tok tok tok..”aku mengetuk pintu dengan perasaan yang bercampur baur bukan takut tapi panas hati.

“kenapa kamu lewat El? “tanya madam cupcake dengan muka yang sewajarnya disamakan dengan cupcake frozen ,beku habis.Ketar cek tengok nasib baik tak kus semnagat ..

' Bukan sengaja ..ada seorang mamat ni madam c ,dia dok test market pulak dekat saya,nak kata saya cun memang cun la madam ,nak kata menarik tak la sangat tapi ciptaan tuhan kan mestilah menarik,tapi perangai mamat tu madam mengalahkan jenglot ,perah santan betul..memang malang betul dia punya bini” kataku dengan semangat yang berkobar-kobar, bukan senang nak mengkritik mamat  tu.

' Aik ..el saya tanya kenapa datang lewat bukan nya nak suruh kamu buat karangan perah santan pulak dekat sini,nanti aleh-aleh kamu yang minat dekat dia” kata madam dengan muka seperti cupcake yang tidak cukup tepung gandum .'aikk bukan serbuk penaik ka,hentam jala labu.” Kataku perlahan dalam hati.

 'choii,simpang maut 44 la madam kalau saya jatuh hati madam C. Wayar kat otak saya dah terputus la kalau saya minat dekat mamat tak cukup tu. Laaa..saya cerita la ni madam ,Cuma saya menyampah betul la dengan mamat tu,” kataku dengan wajah yang mencuka.

“sudah-sudah,pergi duduk di tempat kamu kalau saya melayan kamu sampai esok pagi pon belum tentu habis , kamu berletiar mengalahkan mak saya”kata madam c.

'aikk dia samakan aku dengan mak dia ..haishh.fuhhhh..lega aku selamat dari madam c rasa separuh nyawa dah melayang dah tadi ..haihh nasib baik tak kena kaunseling,kalau dia tahu madam c,stand for cupcake ,tobat kena brainwash siang malam pagi petang “ rungutku perlahan kepada kawan ku yang bernama Momo.

'El,mamat tu segak tak?’Momo bertanya kepadaku.

” kau  ni aku tengah panas hati ,kau nak suruh aku puji mamat tu segak memang takla, bangla segak lagi daripada mr jenglot tu”kataku dengan nada yang tidak puas hati.Nasib baik la momo ni digelar kawan kalau musuh aku, aku  memang cekik cekik dia pakai tali rapia,soalan biar elok sikit nahh.

Tunggula jenglot,akan ku cari kau sampai langit yang ketujuh bukan petala cinta nah” kataku dengan berkobar-kobar kepada momo.

”akan ku renang lautan api untuk mencarimu” momo berkata dengan nada yang menjengkelkan ..” aku memang akan cekik kau kalau aku dengar sekali lagi mulut kau yang macam angelina jolie tu cakap lagu tu nahh”kataku dengan muka yang boleh disamakan dengan madam c aduhh bahana mulut.

”hahahahahaha” Momo ketawa bagaikan perempuan mengilai tak cukup nafas.Aduh.kus semangat dengar dia gelak.Kalau dah ada heart attack dah lama mati terkejut.

“macam mana la aku boleh ada kawan macam ni.ya aampun,mengalahkan aku gelak haduihh’ rungutku.

”perang dunia baru saja dilancarkan”kataku dengan wajah yang sungguh jahat mengalahkan nenek sihir tapi muka aku tak la macam nenek sihir tua ..cun lagi ok. 

Pada sudut yang lain, kau tunggu la minah senget aku akan pastikan hidup kau tunggang bin langgang.

“LALALALALAA..bahagianya dalam hati kalau beristeri dua” aku menyanyi dengan bahagianya sebab harini hari minggu. 

Gila tak lega, penat belajar mengalahkan bangla sapu sampah satu KL tau.

“Sekejap kenapa aku menyanyi ,kalau beristeri dua,kenapa bukan empat,tapi bukan lirik beristeri dua ka,hentam jala labu” hati aku bermonolog.
  
Kenapa la hati dan mulutku sering tak sehaluan , haih nasib la tuan badan.

Hari ini aku bangun awal sebab aku nak pergi jogging dengan Momo hilangkan tekanan hidup pada era akhir zaman ini.

“Gila tak tertekan kad pelajar hilang, aduh tak layak kah aku menjadi budak universiti?” aku berkata dengan nada seperti ikan tak cukup air

“semua tu dugaan El, kau kan jiwa kental” kata Momo dengan gaya abang- abang sado pergi Gym.

“ Aku tak kesah sangat kalau kad pelajar yang hilang,tapi aku lagi kesah macam mana aku boleh berdrama dengan mamat poyo tak cukup hemoglobin tu” balasku dengan nada yang kasar seolah-olah membuat kempen tunjuk perasaan.
 
Semua pelajar yang berhampiran dengan kawasan aku, seperti kepala zirafah sebab terkejut dengar aku meluah perasaan yang sudah lama terpendam.

“ Apa dosa yang kau buat ni El, ini lain tak bukkan mesti mulut celupar kau bahan madam c,Redha cikgu penting tau El,hahahaha” Kata Momo dengan gaya seperti memberi ceramah kepada budak tadika.

“ Aku budak universiti ok,bukan anak buah kau ok.Bukan sebab tu la , aku rasa sebab lain, aku main- main jala dengan madam C tapi aku pun pelik nak kata tak bayar zakat ,tak pernah pulak bapak aku tak bayar zakat , satu kepala Rm 7 ringgit tuu” mulut aku membalas kata-katanya yang begitu gemar berceloteh itu.

“Kalau Momo ni ambik bidang agama ,sah –sah dapat anugerah dekan, kahkahkah” hati aku bermonolog sambil tersenyum sendirian.

Aku dengan Momo ni sebenarnya pelajar medic tapi ramai orang tak sangka sebab perangai kami ini tak melambangkan budak medic langsung.

Bak kata orang budak sains ‘skema’,budak account ‘cool’ , budak agama ‘baik’, entah dari mana fakta tu pun entah la.Macam tak betul ja fakta yang klise tu.Gila tak klise budak sains,account dengan agama sehati sejiwa ok, bak kata orang orang putih “never seperate,because we also homosapien”.

Aku sebenarnya pelajar tahun kedua,wah senior la jugak,bukan junior ok. Kawan aku bukan terdiri daripada budak sains ja tapi budak account,budak suka,budak agama,budak engineer,budak topi putih(chef) barulah seronok hidup warna warni.
Kalau budak agama boleh la tarbiah aku sikit,kalau budak sukan boleh la tolong aku kuruskan badan macam model,kalau budak account ajar aku kira-kira,budak topi putih ajar aku memasak,anak dara wajib pandai masak kalau tidak mak mentua pon pandang sebelah mata ja brader. 

Sedang aku seronok melakukan hobi aku iaitu bermonolong dalam hati,tiba- tiba “ bush” aku merasakan diriku sedang ditolak oleh seseorang sehingga kaki aku tercedera.

“Awak ok,aku minta maaf tak sengaja sebab tadi tengah kejar kawan aku,sorry?” kata lelaki itu dengan nada yang bersalah.

Aku mendongak kepala untuk melihat siapalah gerangan yang berkata sedemikian dengan nada yang boleh menggolekkan iman yang kuatku ini.

Tiba –tiba “ ahhhhhhhhhh” aku menjertit melihat lelaki itu.
Gila tak terkejut baru aku tengah feeling hindustan, tiba-tiba sekali keluar mamat ni, jam otak aku.

“ Kau ,pahal la malang sangat aku jumpa mrs talktative ni, apa dosa aku,kena buat solat taubat ni huh” dia mengeluh tetapi masih boleh didengari oleh aku.
  
“ Kau ingat kau sorang ja malang’aku berjuta-juta malang ok” aku berkata membalas kat-katanya sambil bangun daripada tanah.

“Memang tak sia-sia aku langgar kau,hahaha dapat juga balas, hahaha” dia ketawa dengan nada yang mengejek.

Aku memang pantang betul la mamat macam ni, mari sini aku brainwash sikit,kau ingat kau lelaki aku heran sangat.

“ hoi,jenglot ,kau dah kenapa eh..tak makan ubat sakit jiwa ka,tiba- tiba gelak macam hantu bapok,alah setakat jatuh ni biasala manusia jatuh dan bangun ka kau tak pernah jatuh sebab tula kempunan sangat tengok orang jatuh,tak pa nanti mai sini aku doa bagi kau jatuh bergolek-golek atas tanah” kataku dengan nada yang geram.

“Ehh miss talkative ni,boleh pulak kau mengkritik gelak aku yang segak ni, sejuk perut mak aku mengandungkan anak dia yang menjadi pujaan hati ramai ni tau” katanya dengan nada yang boleh dikategorikan poyo petala langit.

“ EHH..poyonya kau ni..”balasku kasar.

“ poyo- poyo aku ni la orang nak buat menantu tau,jangan kau datang merisik aku pulak,nanti kempunan aku nak dapat bini cun melecunmacam emma watson” katanya dengan nada yang sombong”.

BERSAMBUNG ..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan