Sabtu, 27 Ogos 2016

CERPEN CINTA ZERO ZERO (PART 3 )




CERPEN CINTA ZERO ZERO (PART 3 )

sorry kalau typo banyak..


“Arghhhhhhhhhh...tidakkkkk..”aku menjerit sekuat hatiku.Tak kesahlah orang nak kata gila ka sewel ka ,yang pasti macam mana aku boleh lupa.

“Kau pahal?,menjerit malam-malam buta ni!”soal Momo.

“Aku lupa nak buat asssigment madam C,esok kena hantar,dan yang paling problem ialah internet problem,oh my my my mom” jawabku dengan nada yang lirih.Gila tak sedih ,markah final semester aku ok.Aku tak la gila sangat kalau setkat sikit-sikit ja.

“Ok,relax apa kata kau mintak dekat jiran sebelah,tak silap aku Iq ada internet”Momo berkata sambil menjongket-jongket keningnya.

“Choiii,memang tak la ,simpang maut 44 keling”bidasku.                                                                        
‘”kau nak fail ka tidak?”

“ok fine..aku buat”jawabku kembali.
......................................
Aku keluar dari rumah setelah siap memakai tudung.

“Sabarlah wahai cik hati yang lembut”kataku kepada hati.

“Assalamualaikum,jiran sebelah ooo jiran sebelah”aku berkata lantang.Banyak kali gila aku ulang takkan tak dengar-dengar kot.Haihh memang pekak bin badak betullah.

“Kau ni pahal,menjerit-jerit kat rumah jejaka idaman malaya ni”soalnya.Siapa lagi kalau ayat pertama yang keluar dari mulut macam bom nuklear.

“Waalaikummusalam..nak pinjam internet boleh dak,please urgent ni”balasku dengan niat untuk perli mamat tu.

“ohkk..kau ni nak minta tolong orang,boleh lagi nak perli tuan punya internet.”
“Ehh aku nak bagi kau dapat pahala,untung kau,aku tolong jawab”.

“ok suka hati kau la kan,aku dah memang mengantuk ni,aku bagi kau pinjam internet tapi kau kena jadi SLAVE aku untuk esok boleh?”soalnya sinis.

“whatt SLAVE?”jawabku dengan nada yang terkejut.tak pernah-pernah keturunan bertengku aku ni,jadi SLAVE,haih nasib.

“yes SLAVE or you want to be my wife?”jawabnya dengan muka yang memang menyampah gila bagi seseorang manusia untuk melihat.

“ok Fine ,i will be your SLAVE for tommorow”jawabku.Kau gila nak jadi bini dia,memang tak la , tok aku pun tak hingin la kat dia ni.

“ok,good password aku...Iqsegak...”

“ok”jawabku sambil menahan tawa  yang bila-bila ja boleh meletus.hahaha,gila perasan tahap petala bumi ,dia ingat diri dia segak sangat aduh-aduh.


.................................
“Asal tak boleh connect pon”soalku sendirian.Bukan gila tapi tanya hati.

“Mungkin kat luar line lagi kuat kot,tapi takutlah pulak.Abaikan demi madam C”jawab hati kecilku.

“Akhirnya baru boleh connect”aku berkata dalam hati sambil tersenyum senang.

Setelah aku berada di luar rumah kira-kira 10 minit..Tiba-tiba.......

Aku nampak kelibat seseorang tapi siapa yang ada dekat luar ni pukul 2 pagi.Aku dah memang seram sejuk ni bertambah beku la jawabnya.Mulutku dah terkumat-kamit membaca ayat al-quran.Dah memang sampai tahap nak azan dah ni.
“wey”

aku mendengar suara seseorang.

“wey mIss talkative”aku mendengar lagi suara seseorang tapi kali ini memang aku tak takut dahla bila dengar talkative,sapa lagi yang suka panggil aku gelaran tu.
“Kau pahal wey,nak kecut otot jantung aku tau,nasib baik boleh pam darah lagi”bidasku.

“Laa..mana la aku nak tau ,aku ingatkan kau tak takut duduk luar sorang-sorang”bidasnya.

“IM GIRL”jawabku

“Aku tahu la kau perempuan,ada ka laki pakai tudung dengan mulut murai macam kau ni,hantu betul”bidasnya.
“Hishh..dia ni..yang kau duduk luar juga,dah kenapa?”soalku.

“Aku tak boleh tidur tadi,jadi aku bangun nak pi makan nasi tapi aku nampak kau dekat sini,aku datang nak teman kau la”jawabnya.

“Tak payahla..aku ok”

“Anak dara sorang-sorang kat luar bahaya..tak pa aku dok dekat sebelah rumah kau,tak kena tangkap basah la,sebab kita dok asing-asing”

“Aku ok”

“Haih kau ni,kalau aku hempuk dengan tiang elektrik kang free ja jawab dia.Ala biarla kat aku nak duduk mana pun,rumah aku.Nanti jadi apa-apa kat kau aku yang susah.”

“yala-yala”jawabku.Haih nasib baik tak jatuh hati tapi kenapa dia pulak yang kena risau.Apa-apa jala.
...................................
Ketika aku sibuk membuat assigment,aku ternampak Iq masuk dalam rumah,dia mengantuk dah la tu,orang kata takpa dia tak mau dengar,kan dah termenung sorang –sorang.Aku ingatkan dia dah pergi tidur,rupa-rupanya ambil gitar kapok dia tu rupanya.

“kau nak dengar aku menyayi dak?”Soalnya
“Boleh jugak ,aku pun boasan ni”jawabku.

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh di sana

Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu ku curiga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh di sana rasa cemburu
Merasuk ke dalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan.

“sekian”dia berkata sambil tersenyum manis.

Aku memang rasa macam melting gila dengar mamat ni menyanyi.Hai Cik Hati jnganlah kau jatuh hati.Aku merasakan lagu itu ditujukan khas kat aku.Dengan pandangan matanya yang redup membuatkan aku suka gila dengar dia menanyi.Kali ni memang betul aku terkejut gila dengar suara dia yang memang merdu gila.Kali ini dia senyum memang aku dah jatuh hati gila.sememangnya segak.Tapi kenapa aku rasa dia memang ikhlas menyanyi dekat aku?Kenapa aku rasa aisheteru tu ditujukan kat aku.

“Wahhh...gila hebat kau..suara kau sedap gila..Aku memang minat gila”kataku dengan bersemangat.
“Hahaha..aikk minat dekat suara ka tuan dia?”soalnya lagi sambil ketawa perlahan.

“Alamak macam mana boleh terlepas ni,dia gelak pun aduhh..biar betul aku dah jatuh hati kat jenglot ni”aku berkata dalam hati.

“ hehehe,suara kau memang sedap gila”jawabku kembali.
“Well,see my leg la”

“Ehh menyesal aku puji kau?”aku berkata sambil membuat gaya nak termuntah dengar.

“hahaha ..ok2 kita berdamai,aku minta maaf k,kosong-kosong”soalnya.

“Hahaha ..ok aku pun minta maaf ,kosong-kosong,jadi jom kita berkenalan balik”jawabku.

“ok,my name is Tengku Afiq Bin Tengku Iskandar,budak account”

“nama aku El,budak medic”

“hahaha,tak sangka perangai kau yang sewel ni boleh belajar medic”soalnya.

“Kau pun sewel-sewel pun boleh jugak kira-kira”bidasku kembali.

“nanti kalau aku sakit boleh la kau ubatkan”dia berkata sambil menjongketkan keningnya.

“Kalau aku nak kawin kau boleh la kira kat aku duit hantaran cukup ka tak..hahaha”jawabku sambil meniru gayanya.

“Kau siap ka belum assigment?”Soalnya.

“Dah..thank teman aku wey,syok la lepak dengan kau malam-malam buat”jawabku.

“Sama-sama,kita kan kawan,Jomla kita pergi tidur esok kuliah derr,,”dia berkata sambil mengusap matanya yang dah layu.

“ok,bye sweet dream”jawabku.
....................................................
KEESOKAN PAGINYA...

“Alamak tayar kereta pancit,macam mana kita nak pergi universiti ni?”soal Momo kepadaku.

“Alamak..”jawabku sambil mengusap tayar kereta yang kempis itu.

“El,kau kenapa,kereta rosak ka”soal Iq yang tiba-tiba datang .
 
“Ha..tayar pancit ..aku dahla nak hantar assigment ni”jawabku perlahan.

“Tak pa ..kau dengan kawan-kawan kau tumpang la kami dulu”soalnya lagi.

“Tula ,El kau naik kereta dengan Iq ,sebab kereta dia harap ja mahal tapi seat dua orang ja,pokai betul,yang lain tumpang aku dengan Z”Q berkata sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ok la kalau macam tu” jawabku.
.....................................
Semasa kami dalam perjalanan ke universiti.

“Kau ingat kan hari ni kau SLAVE aku?”soalnya.

“Yala aku ingat”jawabku.

“jadi hari ini kau kena ikut aku pergi mana-mana ja,ok”soalnya sambil tersenyum.

“ok2”

“satgi lepas kau habis kuliah ,kau tunggu aku dekat tempat parking kereta ok”

“ya ya ok”jawabku  malas.

Sebelum aku keluar dari keretanya,aku sempat mengucapkan terima kasih.Aku tak lupa budi ok.

“WEY,Iq thank,i will be your best slave ok for today”

“Cantikk,aku akan jadi tuan kau yang paling baik”jawabnya kembali.

“asal tak leh buka pun seatbelt ni,aduh nama ja kereta mahal kau ni”soalku sambil mencuba membuka seatbelt keretanya yang liat benar nak terbuka.

“hishh,kau yang tak dak skill ni”jawabnya sambil mendekati aku.

“Kau pahal?kau nak buat apa ni”kataku sambil menunjukkan buku lima aku kalau dilepaskan memang lebam mata mamat ni.

“Nak tolong buka seatbelt la,apa yang kau pikir ni”katanya menolong aku membuka seatbelt.Dekat nya muka dia dengan aku haih.Nasib baik iman aku kuat haih..

“Mana ada aku pikir apa!”

“YELATU..tak pa nanti aku meminang kau”

“Ehh memang tak la ,aku nak terima choiii..kbye”

“Eleh tak terima nanti ,choi ni la kau terima dulu..haha”jawabnya sambil ketawa kuat.
............................................
Setelah selesai kuliah,aku menunggu Iq dekat parking lot. Al maklumlah ,kena ikut cakap tuan,dan kena balas budi balik.Lama gila aku tunggu,hantu betul la mamat ni.Datang pun ..

“assalamualaikum,ada pencukur tak”tanyaku kepadanya.

“Kau pahal,nak cari pencukur?”jawabnya sambil kening dah jadi bentuk z dah hahhaha.tak boleh belah.

“Ehh,tak nampak ka janggut dekat dagu ni?”jawabku sambil mengusap daguku.

“Eh?”

“Kau nak suruh aku tunggu berapa tahun lagi”jawabku laju sebab memang macam jenglot tak cukup hormon dah aku tengok muka dia berkerut.

“Ohh..kk sorry2..kuliah terlajak”jawabnya sambil tersenyum.

“kita nak pergi mana ni?”soalku sambil melihat arah tujuan jalan
.
“Adalah rahsia”jawabnya.

“ek eleh dok main hide pula dah ,haduh”

Setelah beberapa minit kemudian ,kami telah tiba di destinasi yang dituju.

“inilah tempatnya”katanya sambil menjerit bahagia.

“aikk..rumah anak yatim al kaseh?”soalku sambil membaca nama tempat itu.

“yess..hari ini aku nak bawa kau berkenalan dengan budak-budak kat sini,budak-budak kat sini anak yatim piatu dan menghafal al-quran.”jawabnya.

Setibanya kami di depan pintu,ramai budak-budak meluru ke arah kami.

“Assalamualaikum,abang ..”seorang budak lelaki berkata sambil tersenyum.

“Waalaikumussalam,adik-adik abang sihat?”soal Iq.

“sihat”jawab mereka.

Seorang budak perempuan memegang tangan aku sambil berkata

“Kakak,ni girlfriend abang ka?”

“Ehh..tak kami kawan ja”jawabku sambil tersenyum .

Aku terharu gila sebab aku tak sangka sombong-sombong mamat tu tapi masih prihatin dekat nasib orang lain.Aku dan Iq saling memandang anatara satu sama lain sambil tersenyum senang namun terhenti apabila seorang perempuan menegur kami.

“Kenapa,duduk dekat sini ja.Mari la masuk”ajaknya sambil memegang tanganku.

“Iq ni pemilik rumah anak-anak yatim ni,walaupun perangai dia tidak menyenangkan orang lain tapi dia amat desenangi dekat sini”perempuan itu berkata apabila aku ralit memandang Iq yang leka bermain dengan kanak-kanak dekat situ.

“ouhh..nama saya ELLIANA,kak boleh panggil el”jawabku

“nama akak nur,panggil ja nur”jawabnya kembali.

Aku berbual dan bermain dengan kanak-kanak di situ.

Semasa aku berjalan tiba-tiba aku terpijak lantai lincin di sebelah dapur.

“Aduhh..sakitnya”aku mengaduh kesakitan.

Seorang budak lelaki yang terlihat aku jatuh memanggil Iq.

“kau ok?”salnya sambil meneglap air mataku yang mengalir menggunakan sapu tangannya.

“aku angkat kau letak atas sofa”soalnya

“tak payah la ,segan,aku boleh bangun lagi ni”kataku sambil mencuba untuk bangun tapi tak terdaya.
“Kau slave aku jadi aku angkat kau”jawabnya sambil mengangkat aku.

Aku merasakan jantung aku berdegup laju apabila jarak antara kami terlalu dekat sehingga aku dapat bau minyak wanginya.Aku memang lengannya kerana aku takut dia melepaskan aku jatuh ke lantai.Berganda sakit aku satgi.Aku merasakan diangkat oleh putera raja yang begitu macho.Semasa aku leka memandang wajahnya ,dia memandang aku dengan pandangan yang bersalah.Setelah dia meletakkan aku di sofa dia berkata sesuatu kepadaku.

“Aku minta maaf El ,kalau aku tak bawa kau datang sini kau mesti tak sakit macam ni”dia berkata lirih.

“Eh,tak pa la dah takdir,kau janganla risau ,aku ok”jawabku kembali.

“Ok ...Kalau macam tu aku belanja kau makan aiskrim satgi”soalnya.

“ok,macam mana kau tahu aku suka askrim?”soalku kepadanya.

Dia tidak membalas apa-apa tapi hanya menjongketkan keningnya.Dia ingat kening dia tertulis jawapan yang aku tanya tadi ..pedia la dia ni.

Dia membelanjakan aiskrim kepada semua budak-budak di rumah anak yatim itu.Tapi dia tak lupa dekat aku walaupun tanganku terseliuh.

“Nah,el aiskrim kau” 

‘thank wey”

“mai aku suap ka,mana boleh makan tangan kiri”

“ehh ..tak pa aku boleh makan sendiri”

“Ehh kau ni..aku tuan kau ,cuba dengar cakap tuan kau ni sikit”

“yala2”

Dia menyuap aku sambil tersenyum senang.

“kau ni makan pun tak betul.nama ja budak medic cara makan pun tak teratur”jawabnya sambil mengelap mulutky yang comot dengan aiskrim menggunakan sapu tanganya.

“ehh budak medic tak belajar pun,cara homosapien makan ..boo”

“Budak account pun tak belajar la”jawabnya sambil memakan aiskrimku.

“kau ppahal makan aiskrim aku!pergila ambik lain”

“eh,sharing is caring”jawabnya sambil ketawa perlahan.

“tak dak nya nak sharing –shering caring kat sini ya”bidasku lagi

“but aku tak cakap sharing aku bermaksud caring,my sharing is loving”dia berkata perlahan tapi masih boleh didengari oleh ku.

“Hah”aku bertanya sekali lagi apa yang dia katakan kerana aku tidak pasti betulka apa yang aku dengar.Senang cakap kadang kadang aku ni pekak la jugak.

“Dah-dah makan”jawabnya.

Selepas itu ,kami pun pulang ke rumah.housemate kami semua pelik sebab kami balik dengan kereta yang sama sambil bergelak ketawa.

“okkk ni pelik ...”syasya berkata kuat sehingga boleh dedengari oleh Z,Q,Momo serta Ain.
“Korang dah baik ke”syasya bertanya.

“peace”kami menunjukkan insyarat peace kepada mereka.

“OKK ni pun pelik”Q berkata sambil meniru ayat Syasya.

“Q asal kau tiru ayat aku?”syasya betanya kepada Q.

“Sebab aku minat dekat tuan dia punya ayat”jawab Q.

“Ok ni pelik”Ain berkata perlahan.

“Ain,mana ada pelik kalau ain nampak Z”Z menjawab.

“Ok hampa semua memang pelik”MomO berkata sambil menggelengkan kepala.

BERSAMBUNG...
ada satu part lagi ja..nanti kami sambung kbye sorry kalau part 3 bosan sebab kami buat rushing

Ahad, 21 Ogos 2016

Watak - watak cerpen cinta zero-zero


Watak hero. Tengku Afiq bin Tengku Iskandar


Tengku Eliana Batrisya Bt Tengku Zahid


Q



Z


Ain




Syasya

#kalau tak kena taste,ikut hero sendiri ya haha 
#maklum la taste melayu
 ðŸ˜†☺☺☺
Good luck berimaginasi



Jumaat, 19 Ogos 2016

Cerpen Cinta Zero- Zero




Cerpen : Cinta zero-zero ( part 1 )

#sory kalau sikit ja sbb feeling x mai nanti kami sambung ya..
#buat part barula thrill
#kalau gambar hero dan heroin nanti ,nak pikaq dulu muka sapa sesuai
#cerpen ni saja2 ja sbb nak penuhi permintaan kawan
#sorry kalau tak syok sebab kalut nak buat hw biologi poster tu

‘AHHHH..alamak dah lewat .Macam mana aku boleh terbabas tidur pulak ni.Dah la subuh terbabas,nasib baik la cuti-cuti malaysia,kalau tidak haihhh neraka la jawabnya,kesian mak bapak aku didik aku jadi insan yang solehah” kataku lirih .

Aku seorang mahasiswi yang bernama Elyana Batrisya.Namaku diberi oleh ibuku yang amat meminati drama pada zaman dahulu kala haduihh.Nasib baikla nama aku moden la jugak,kalau nama aku bedah tak ke nanya kena bahan.”Mak cek rindu kat mak” kataku dalam hati.Rindunya nak makan nasi minyak abang long,rindunya nak tidur dekat mak,rindunya nak makan cucur udang mak oiii,mak rindunya huhuhu.

Tiba-tiba aku tersedar dari dunia fantasi yang bertemakan kerajaan berangan.”Macam mana boleh melalut pulak ni..aduhh dah la lewat,redha ja la”.Aku ini sebenarnya suka berangan ,hobi aku sejak keluar dari perut mak aku,haih apalah yang mak aku berangan time mengamdungkan aku dulu.

 Aku dengan pantasnya mencapai tuala lalu mandi dengan kelajuan yang maksimum iaitu 2 minit 10 saat,sempat pulak aku set jam haahhaa bak kata orang alang- alang lewat,biar lewat lagi la. ‘Haihh nasib la badan ..kambing gurun la hari ini”kataku setelah selesai menunaikan tanggungjawab seorang homosapien iaitu mandi.

Aku menyembur hampir sebotol minyak wangi mengalahkan anak raja untuk mengelakkan bau kambing yang menggangu kehidupan ku. “maaflah mak, cek sembur minyak wangi banyak sangat takut orang terpikat pulak”rungutku.

‘ alamak..dah la kelas sir cupcake,matila aku kena bahan’ rungutku perlahan.

 Dengan baju kurung kedah, aku berlari dengan bersungguh-sungguh kerana aku menyedari , lambatku bukan sekadar lambat biasa kerana sudah 45 minit kelas sir cupcake.Aku ini sebenarnya orang kedah,aku belajar dekat negeri lain tapi baju kurung kedah favourite aku tau,bak kata orang gadis melayu terakhir kekeke.Aku bangun lewat semua ni gara-gara berangan kawin dengan putera raja. “ inilah nasib puteri kedah kerajaan berangan..aduhh” rungutku perlahan.

 Aku berlari sambil memakai earphone serta lengkap berpakaian baju kurung,buruk sungguh rupaku ketika ini.

Tiba –tiba “bummm..aduh dahla buku banyak ,sapa pulak jenglot buta yang langgar aku ni,aku punyalah cun melecun gadis melayu boleh pulak dia main acah-acah pulak dengan aku,tau la aku ni terlalu cantik sampai iman dah tergolek ..aduhh” kataku dengan nada yang geram dan keletihan. 

Siapalah yang  tak penat kalau dah lari macam kambing kena kejar serigala pagi-pagi alam ni.

' Ok , mengaku bukan pagi-pagi tapi,pukul 2.00 petang ” rungutku perlahan untuk menjawab kata hati aku.Memang terang lagi nyata mulut dan hatiku tak sehaluan . Kata-kataku masih boleh didengari oleh jenglot itu.

“kau cakap aku buta,dahla kau yang lari macam ayam nak kena tembak,kau ingat cun sangatla dengan baju kedah bunga-bunga tu,memalukan orang negeri kau jala,tak mengaku orang negeri tau’kata lelaki itu dengan nada yang sinis.

‘ ek eleh dok berkau-kau pulak mamat ni,tapi muka bakhang macam mat saleh ,aikk asal aku puji dia pulak,pujian aku limited edition ok,boleh pulak dia bahasakan aku,dia yang buta. Mai sini aku brainwash sikit”kataku dalam lubuk hatiku yang paling dalam ini.

“Memang aku cun pun anugerah tuhan,kalau dak takkan la kau langgar,lapok betul cara test market,nak mengorat pun carilah cara style sikt ,boleh jalan la ” balasku dengan nada kasar.
  
“ek eleh lari macam kera dapat bunga, hantu bapok pon tak nak la”kata mamat jenglot itu kepadaku.
  
Dia samakan aku dengan kera ..mamat ni memang betul-betul nak kena hempuk dengan tong gas betulla.

“kau apahal ,,main-main kera,kau ingat kau segak sangatla,muka macam tak cukup hemoglobin ada hati samakan orang dengan kera”kataku dengan perasaan yang membara. Darjah kesabaran aku semakin menipis,letusan gunung berapi nak meletus dah ni.

'Memang aku segak pon,kau pahal.Untuk penegtahuan wahai Miss talkative,betul apa aku cakap kalau mak aku tengok kau perangai macam ni ,mak aku pon tak teringin la nak bermenantukan jebon macam kau”katanya dengan sinis.

Ketika aku ingin membalas kata-katanya,aku baru teringat bahawa kelas Madam cupcake .ADUHH “harini hari hang,esok- esok belum tentu hari hang,we will meet again,just wait” aku berkata sebelum aku pergi ke kelas Madam cupcake.

“Minah ni chow macam tu ja,apalah malang punya nasib first day jumpa minah tu..aduhh..alamak kelas account aku”aku mendengar lelaki itu merungut sambil mengutip barang-barangnya yang terjatuh.

Aku mencari-cari di mana kad pelajar aku,takkan hilang aduh mati . Setibanya aku di dewan kuliah “tok tok tok..”aku mengetuk pintu dengan perasaan yang bercampur baur bukan takut tapi panas hati.

“kenapa kamu lewat El? “tanya madam cupcake dengan muka yang sewajarnya disamakan dengan cupcake frozen ,beku habis.Ketar cek tengok nasib baik tak kus semnagat ..

' Bukan sengaja ..ada seorang mamat ni madam c ,dia dok test market pulak dekat saya,nak kata saya cun memang cun la madam ,nak kata menarik tak la sangat tapi ciptaan tuhan kan mestilah menarik,tapi perangai mamat tu madam mengalahkan jenglot ,perah santan betul..memang malang betul dia punya bini” kataku dengan semangat yang berkobar-kobar, bukan senang nak mengkritik mamat  tu.

' Aik ..el saya tanya kenapa datang lewat bukan nya nak suruh kamu buat karangan perah santan pulak dekat sini,nanti aleh-aleh kamu yang minat dekat dia” kata madam dengan muka seperti cupcake yang tidak cukup tepung gandum .'aikk bukan serbuk penaik ka,hentam jala labu.” Kataku perlahan dalam hati.

 'choii,simpang maut 44 la madam kalau saya jatuh hati madam C. Wayar kat otak saya dah terputus la kalau saya minat dekat mamat tak cukup tu. Laaa..saya cerita la ni madam ,Cuma saya menyampah betul la dengan mamat tu,” kataku dengan wajah yang mencuka.

“sudah-sudah,pergi duduk di tempat kamu kalau saya melayan kamu sampai esok pagi pon belum tentu habis , kamu berletiar mengalahkan mak saya”kata madam c.

'aikk dia samakan aku dengan mak dia ..haishh.fuhhhh..lega aku selamat dari madam c rasa separuh nyawa dah melayang dah tadi ..haihh nasib baik tak kena kaunseling,kalau dia tahu madam c,stand for cupcake ,tobat kena brainwash siang malam pagi petang “ rungutku perlahan kepada kawan ku yang bernama Momo.

'El,mamat tu segak tak?’Momo bertanya kepadaku.

” kau  ni aku tengah panas hati ,kau nak suruh aku puji mamat tu segak memang takla, bangla segak lagi daripada mr jenglot tu”kataku dengan nada yang tidak puas hati.Nasib baik la momo ni digelar kawan kalau musuh aku, aku  memang cekik cekik dia pakai tali rapia,soalan biar elok sikit nahh.

Tunggula jenglot,akan ku cari kau sampai langit yang ketujuh bukan petala cinta nah” kataku dengan berkobar-kobar kepada momo.

”akan ku renang lautan api untuk mencarimu” momo berkata dengan nada yang menjengkelkan ..” aku memang akan cekik kau kalau aku dengar sekali lagi mulut kau yang macam angelina jolie tu cakap lagu tu nahh”kataku dengan muka yang boleh disamakan dengan madam c aduhh bahana mulut.

”hahahahahaha” Momo ketawa bagaikan perempuan mengilai tak cukup nafas.Aduh.kus semangat dengar dia gelak.Kalau dah ada heart attack dah lama mati terkejut.

“macam mana la aku boleh ada kawan macam ni.ya aampun,mengalahkan aku gelak haduihh’ rungutku.

”perang dunia baru saja dilancarkan”kataku dengan wajah yang sungguh jahat mengalahkan nenek sihir tapi muka aku tak la macam nenek sihir tua ..cun lagi ok. 

Pada sudut yang lain, kau tunggu la minah senget aku akan pastikan hidup kau tunggang bin langgang.

“LALALALALAA..bahagianya dalam hati kalau beristeri dua” aku menyanyi dengan bahagianya sebab harini hari minggu. 

Gila tak lega, penat belajar mengalahkan bangla sapu sampah satu KL tau.

“Sekejap kenapa aku menyanyi ,kalau beristeri dua,kenapa bukan empat,tapi bukan lirik beristeri dua ka,hentam jala labu” hati aku bermonolog.
  
Kenapa la hati dan mulutku sering tak sehaluan , haih nasib la tuan badan.

Hari ini aku bangun awal sebab aku nak pergi jogging dengan Momo hilangkan tekanan hidup pada era akhir zaman ini.

“Gila tak tertekan kad pelajar hilang, aduh tak layak kah aku menjadi budak universiti?” aku berkata dengan nada seperti ikan tak cukup air

“semua tu dugaan El, kau kan jiwa kental” kata Momo dengan gaya abang- abang sado pergi Gym.

“ Aku tak kesah sangat kalau kad pelajar yang hilang,tapi aku lagi kesah macam mana aku boleh berdrama dengan mamat poyo tak cukup hemoglobin tu” balasku dengan nada yang kasar seolah-olah membuat kempen tunjuk perasaan.
 
Semua pelajar yang berhampiran dengan kawasan aku, seperti kepala zirafah sebab terkejut dengar aku meluah perasaan yang sudah lama terpendam.

“ Apa dosa yang kau buat ni El, ini lain tak bukkan mesti mulut celupar kau bahan madam c,Redha cikgu penting tau El,hahahaha” Kata Momo dengan gaya seperti memberi ceramah kepada budak tadika.

“ Aku budak universiti ok,bukan anak buah kau ok.Bukan sebab tu la , aku rasa sebab lain, aku main- main jala dengan madam C tapi aku pun pelik nak kata tak bayar zakat ,tak pernah pulak bapak aku tak bayar zakat , satu kepala Rm 7 ringgit tuu” mulut aku membalas kata-katanya yang begitu gemar berceloteh itu.

“Kalau Momo ni ambik bidang agama ,sah –sah dapat anugerah dekan, kahkahkah” hati aku bermonolog sambil tersenyum sendirian.

Aku dengan Momo ni sebenarnya pelajar medic tapi ramai orang tak sangka sebab perangai kami ini tak melambangkan budak medic langsung.

Bak kata orang budak sains ‘skema’,budak account ‘cool’ , budak agama ‘baik’, entah dari mana fakta tu pun entah la.Macam tak betul ja fakta yang klise tu.Gila tak klise budak sains,account dengan agama sehati sejiwa ok, bak kata orang orang putih “never seperate,because we also homosapien”.

Aku sebenarnya pelajar tahun kedua,wah senior la jugak,bukan junior ok. Kawan aku bukan terdiri daripada budak sains ja tapi budak account,budak suka,budak agama,budak engineer,budak topi putih(chef) barulah seronok hidup warna warni.
Kalau budak agama boleh la tarbiah aku sikit,kalau budak sukan boleh la tolong aku kuruskan badan macam model,kalau budak account ajar aku kira-kira,budak topi putih ajar aku memasak,anak dara wajib pandai masak kalau tidak mak mentua pon pandang sebelah mata ja brader. 

Sedang aku seronok melakukan hobi aku iaitu bermonolong dalam hati,tiba- tiba “ bush” aku merasakan diriku sedang ditolak oleh seseorang sehingga kaki aku tercedera.

“Awak ok,aku minta maaf tak sengaja sebab tadi tengah kejar kawan aku,sorry?” kata lelaki itu dengan nada yang bersalah.

Aku mendongak kepala untuk melihat siapalah gerangan yang berkata sedemikian dengan nada yang boleh menggolekkan iman yang kuatku ini.

Tiba –tiba “ ahhhhhhhhhh” aku menjertit melihat lelaki itu.
Gila tak terkejut baru aku tengah feeling hindustan, tiba-tiba sekali keluar mamat ni, jam otak aku.

“ Kau ,pahal la malang sangat aku jumpa mrs talktative ni, apa dosa aku,kena buat solat taubat ni huh” dia mengeluh tetapi masih boleh didengari oleh aku.
  
“ Kau ingat kau sorang ja malang’aku berjuta-juta malang ok” aku berkata membalas kat-katanya sambil bangun daripada tanah.

“Memang tak sia-sia aku langgar kau,hahaha dapat juga balas, hahaha” dia ketawa dengan nada yang mengejek.

Aku memang pantang betul la mamat macam ni, mari sini aku brainwash sikit,kau ingat kau lelaki aku heran sangat.

“ hoi,jenglot ,kau dah kenapa eh..tak makan ubat sakit jiwa ka,tiba- tiba gelak macam hantu bapok,alah setakat jatuh ni biasala manusia jatuh dan bangun ka kau tak pernah jatuh sebab tula kempunan sangat tengok orang jatuh,tak pa nanti mai sini aku doa bagi kau jatuh bergolek-golek atas tanah” kataku dengan nada yang geram.

“Ehh miss talkative ni,boleh pulak kau mengkritik gelak aku yang segak ni, sejuk perut mak aku mengandungkan anak dia yang menjadi pujaan hati ramai ni tau” katanya dengan nada yang boleh dikategorikan poyo petala langit.

“ EHH..poyonya kau ni..”balasku kasar.

“ poyo- poyo aku ni la orang nak buat menantu tau,jangan kau datang merisik aku pulak,nanti kempunan aku nak dapat bini cun melecunmacam emma watson” katanya dengan nada yang sombong”.

BERSAMBUNG ..